Ustaz Haji Faisal Mukminin Bin Mustafa
Setiausaha
Masjid Al Badr Seribu Selawat, Pulau Pangkor
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda,
para sahabat serta seluruh umat Islam yang sentiasa istiqamah dalam menghidupkan syiar Islam.
Selamat datang ke Portal Rasmi Masjid Al Badr Seribu Selawat, sebuah masjid terapung yang menjadi mercu tanda kebanggaan di Pulau Pangkor, negeri Perak. Portal ini diwujudkan sebagai medium rasmi untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan aktiviti, program dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak masjid kepada seluruh lapisan masyarakat.
Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat, kami berusaha menjadikan portal ini sebagai jambatan penghubung antara masjid dan komuniti – bukan sekadar sebagai pusat ibadah, tetapi juga pusat ilmu, dakwah, kebajikan, dan perpaduan ummah. Aktiviti seperti kuliah pengajian, bacaan Yasin, program dakwah lapangan, pengurusan jenazah, ibadah korban dan pelbagai lagi inisiatif komuniti dilaksanakan dengan penuh komitmen dan ihsan.
Masjid ini turut mesra pelawat, termasuk pelaksanaan Mosque Tour secara berkala bagi memperkenalkan keindahan Islam dan seni bina masjid kepada masyarakat pelbagai latar belakang, sejajar dengan mesej rahmatan lil ‘alamin.
Kami mengalu-alukan sebarang pandangan membina daripada para pengunjung laman ini agar kami dapat terus menambah baik penyampaian maklumat dan kualiti perkhidmatan. Semoga segala usaha ini diberkati Allah dan menjadi saham akhirat buat kita semua.
Selamat melayari Portal Rasmi Masjid Al Badr Seribu Selawat.
Sekian, terima kasih.
Alamat Kompleks Pentadbiran Agama Islam
Perjabat Agama Islam Daerah Manjung,
32040 Seri Manjung, Perak
No.Tel +6056882109 / +6011-1643 4885
Email faisalmukminin@masjidalbadrseribuselawat.com
