• Masjid Seribu Selawat
    Masjid Al Badr Seribu Selawat
    Pulau Pangkor
    "Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali."— (HR. Muslim)
  • Businex
    Masjid Terapung
    Pulau Pangkor
    “Orang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku.” — (HR. Tirmizi)
Latar-Belakang-Ringkas
Masjid Al Badr Seribu Selawat

Sejarah Ringkas

Tahun siap dibina 2017

"Seribu Selawat" merujuk kepada 1,000 selawat yang diukir indah pada dinding dan tiang masjid, baik di dalam maupun di luar, menjadikannya sebagai galeri seni khat Islam yang mengagumkan.

Latar Belakang
Masjid Al Badr Seribu Selawat

Aktiviti & Program

Masjid-Seribu-Selawat
Ibadah
Ibadah

Selain solat fardu berjemaah yang menjadi teras, Masjid Al Badr Seribu Selawat menganjurkan aktiviti seperti tazkirah subuh, bacaan Yasin, dan kuliah bulanan bagi menyemai kecintaan kepada sunnah dan memperkukuh kefahaman agama dalam kalangan jemaah.

Masjid-Seribu-Selawat
Dakwah Berkala
Dakwah Berkala

Masjid Al Badr Seribu Selawat turut menjemput Guru Agama Dakwah secara berkala bagi menjalankan program street dakwah yang menyantuni masyarakat awam dan menyampaikan mesej Islam dengan penuh hikmah.

Masjid-Seribu-Selawat
Khidmat Komuniti
Khidmat Komuniti

Masjid Al Badr Seribu Selawat menyediakan khidmat pengurusan jenazah, bantuan kebajikan, serta sokongan rohani kepada ahli kariah yang memerlukan. Program seperti gotong-royong, ziarah prihatin dan bantuan musibah juga diadakan bagi memperkukuh semangat ukhuwah dan kebersamaan.

Masjid-Seribu-Selawat
Pendidikan
Pendidikan

Masjid Al Badr Seribu Selawat turut memberi penekanan kepada aspek pendidikan dengan menganjurkan kelas fardu ain, kelas al-Quran untuk kanak-kanak dan dewasa, serta program bimbingan agama secara berkala. Usaha ini bertujuan melahirkan masyarakat berilmu dan berakhlak mulia.

Masjid-Seribu-Selawat
Bait Al-Rizq
Bait Al-Rizq

Masjid Al Badr Seribu Selawat melalui inisiatif Bait Al-Rizq berperanan membantu meringankan beban ahli kariah melalui agihan barangan asas, sumbangan kebajikan dan sokongan ekonomi kecil. Ia menjadi medan untuk masyarakat menyumbang dan berkongsi rezeki secara berterusan.

Masjid-Seribu-Selawat
Ibadah Musim & Perayaan
Ibadah Musim & Perayaan

Masjid Al Badr Seribu Selawat aktif menganjurkan ibadah korban, majlis sambutan Maulidur Rasul, Israk Mikraj, dan lain-lain perayaan Islam, bagi menghidupkan syiar Islam dan mempererat ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat.

Businex-Feature
Lawatan Kerjasama

Menerima kunjungan antara masjid serta institusi lain.

Businex-Feature
Pengiktirafan

Masjid paling bersih di negeri Perak.

Masjid Al Badr Seribu Selawat

Artikel

Kunjungan Profesionalisme Delegasi

Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang ke Masjid Al Badr Seribu Selawat

Kajian dan penyelidikan seni motif Islam

kunjungan istimewa daripada delegasi penyelidik akademik

Program Khatam Al-Quran

Masjid Al-Badr Seribu Selawat telah menjadi tuan rumah bagi Program Khatam Al-Quran

Logo-Perak
Logo-MPM
Logo-Maipk
Logo-Jakim
Pangkor-Bebas-Cukai-Logo